kumukhlis,darjah 6 t,nama guru kelas CHOW PHEE YING

kumukhlis,darjah 6 t,nama guru kelas CHOW PHEE YING

19 Mac, 2010

cuti sekolah saya sekeluarga bercadang untuk pergi ke......

Air terjun JERAM PASU,air terjun tersebut terdapat 51km dari rumah saya dan mengambil masa kira-kira 1jam untuk pergi ke air terjun tersebut.air terjun tersebut juga terdapat kolam renang yang sejuk dan juga panas.
Saya berenang sepuas hati,saya mandi 3jam berturut-turut.saya mandi dari pukul 11pagi sampai 2petang.

09 Mac, 2010

taklimat

*TERKINI* ** Dimaklumkan bahawa satu taklimat khas untuk pelajar Kohot 2 Diploma Pendidikan UUM akan diadakan seperti berikut : Tarikh : 20 Mac 2010 Hari : Sabtu Jam : 9.00 pagi Tempat : Kompleks PURNAMA ..

08 Mac, 2010

sepupu pembimbing saya



syaheedadul asma bt ibrahim
supupu,idola,pembimbing,pendorong,pembina semangat keluarga kami

06 Mac, 2010

Hadiah Istimewa


Aku danrakan-rakan berkungjung ke pameran Buku Antarabangsa.Semasa di pameran buku tersebut aku menyertai peraduan yang diadakan oleh pihak pengangjur.Selepas menyertai peraduan tersebut aku terlihat sebuah buku yang menarik sekali.Aku terigat untuk memiliki buku yang berjudulIlmuan Agung itu.Bagaimanapun,wangku tidak mengcukupi.Hasrat untuk memiliki buku itu terpaksa aku lupakan.
Meskipun demikian,aku tidak berputus asa untuk mendapatkan buku tersebut.Aku bercadang unutk meminta wang daripada ayahku.Walau bagaimanapun,belum pun sempat aku meluahkan hasratku,seca tidak sengaja aku terdengar akan perbualan ibu dan ayah.Rupa-rupanya,mereka menghadapi masalah kewangan.Nampaknya,terpaksalah kupendamkan hasratku.Bagaimanakah aku dapat memiliki buku tersebut?
Pada suatu petang,aku menerima panggilan telefon yang tidak kuduga.Aku terpilih sebagai pemenang utama peraduan yang kusertai semasa dipameran buku tempoh hari.Aku diundang untuk menghadiri majlis menyampaiyan hadiah.
Semasa menerima hadiah,aku terlihat buku-buku yang diserahkan ke tanganku.Sesutu yang tidak kujangka telah berlaku.Sebuah daripada buku tersebut ialah buku yang kuidamkan.Oh,alangkah gembiranya aku!

05 Mac, 2010

cara belajar


10 tip pengurusan masa yang berkesan..

* Buat rancangan

Adik adikmemerlukan perancangan aktiviti harian.Jikalau tidak,anda akan menggunakan waktu mengikut apa sahaja yang berlaku dimeja tulis anda .Awasilah setiap hari dengan membuat jadual umum,dengan memfokuskan kepada dua dan tiga perkara yang anda ingin selesaikan.Semakin banyak waktu yang kita lewatkan untuk merancang sesebuah kerja,maka semakin sedikit jumlah waktu yang diperlukanuntuk menyelesaikannya.

* Waktu ulangkaji.

Pastikan waktu mengulangkaji anda lebih dari tiga jam sehari.Malah,semakin hampir dengan peperiksaan anda perlu lima hingga tujuh jam sehari.Dalam tempoh itu,anda mungkin belajar sejam pada waktu subuh,dua jam pada waktu petang dan tiga jam pada waktu malam.Namun,yang penting anda perlu membuat jadual belajar dengan betul dari sekarang.

* Tumpukan perhatian.

Tahukah anda,orang yang menghadapi masalah serius dalam hal pengurusan waktu biasanya cuba untuk melakukan banyak hal sekaligus.Jumlah waktu yang digunakan dalam sesuatu kerja bukanlah hal yang penting.Tetapiyang lebih penting ialah menyediakan jumlah waktu yang tidak terganggu.

* Ambillah waktu rehat.

Belajar mahupun bekerja dalam tempoh yang lama tanpa rehat bukanlah penggunaan waktu yangefektif.Ini kerana tenaga semakin menurun,kebosanan semakin mempengaruhi serta ketegangan fizikal dan mental semakin terkumpul.Oleh itu,anda memerlukan masa rehat yang secukupnya kerana hanya berehat sahaja cara yang paling terbaik..

* Jauhkan suasana berkecamuk.

sesetengah orang selalau membiarkan meja tulisnya dipenuhi kertas atau buku yang berselerak.Sebenarya keadaan berkecamuk seperti menggangu tumpuan serta meningkatkan ketegangandan prestasi seperti orang yang tertimbus batu.Justeru,pastikan meja tulis anda sentiasa kemas.

* Jangan takut mengatakan tidak..

Daripada semua teknik mengurus masa yang dinyatakan,mungkin yang paling efektif ialah selalu menggunakan perkataan tidak.Belajarlah menolak dengan menggunakan kebijaksanaan tetapi tegas terhadap setiap permintaan yang tidak menunjang pencapaian sasaran anda.

* Jangan tangguhkan kerja.

penangguhan kerja pada umumnya merupakan kebiasaan yang sudah berakar umbi.Sesungguhpun begitu,kita mampu mengubah kebiasaan ini asalkan kita menggunakan sistem yang tepat seperti buat keputusan untuk berubah segera kerana hati anda tergerak oleh motivasinya.Mengambil langkah pertama dengan segera adalah amat penting.Seterusnya jangan mencuba terlalu banyak perkara dalam waktu yang singkat.Apa yang perlu dilakukan ialah memaksa diri melakukan sesuatu kerja yang sudah tertunda sekarang juga.

* Pelbagaikan aktiviti belajar.

Dalam sesi belajar,pelbagaikan aktiviti belajaranda supaya anda tidak berasa bosan atau jemu.Justeru,selang-selikan aktiviti membaca dengan membuat nota,menceritakan semula apa yang sudah dipelajari,membuat peta minda atau peta konsep,menjawab soalan-soalan,melakar rajah dan sebagainya.Ini akan membuat anda semakin bersemangat dan seronok untuk belajar.

* Jangan"perfectionist"(menjadikan dirinya sempurna)

Ada perbezaan yang besar antara berusaha mendapat hasil yang baik dan bermati-matia mengejar kesempurnaan.Langkah yang pertama,dapat dicapai dengan memberi kepuasan dan kesihatan.Sementara langkah yang kedua,selalunya mustahil,mengakibatkan kecewa dan gangguan jiwa.ia juga mengakibatkan pembaziran waktu yang sia-sia.

* Lakukan "postmortem"

Kegiatan membuang waktu boleh disamakan dengan kanser.Ia menghabiskan tenaga dan ketumbuhan semakin besar.Satu-satunya cara penyembuhan adalah melakukan pembedahan.Haa ahhh...anda jangan terkejut.Ini kerana jika anda membuang waktu dalam kegiatan yang membuatkan anda bosan,alihkan perhatian daripadanya kerana ia mensia-siakan tenaga anda.Buanglah kegiatan ini,sekali untuk selama-lamanya...

Internet penghubung dunia


Dalam zaman teknologi sekarang,majoroti penduduk Malaysia mempunyai kemudahan Internet di rumah.Bukan setakat golongan dewasa malah kanak-kanak yang masih bersekolah rendah juga sudah pandai menggunakan Internet.
Selain mudah mencaribahan-bahan untuk pembelajaran,mereka juga berpeluang berinteraksi dengan penduduk dari seluruh dunia melalui rangkaian Friendster,My Space,Facebook,Twitter,Multiply dan lain-lain.
Namun begitu,mereka harus tahu apa yang patut dan apa yang tidak patut dipaparkan dalam akaun mereka seperti maklumat diri dan ganbar-gambar peribadi.

24 Februari, 2010